MUAR: Perikatan Nasional (PN) mendahului kiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram melalui undi pos.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sebanyak 61 kertas undi telah dikembalikan daripada jumlah keseluruhan 78 kertas undi pos yang dikeluarkan.

Daripada jumlah itu, calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya mendapat 36 undi, diikuti calon PH, Ir Nazri Abdul Rahman (25 undi) manakala calon Bebas, S Jeghanathan tidak mendapat sebarang undian.

Lima kertas undi ditolak dan 12 lagi tidak dikembalikan.

Setakat jam 7 malam, hanya dua peti undi pos dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar manakala peti undi daripada 68 saluran di semua 14 pusat mengundi belum tiba.